PRU15 | Dr Adham sokong penuh Manndzri di kerusi Tenggara

2022-11-04 0

Penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) yang bakal mengambil alih kerusinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi kenyataan dalam akaun Facebook miliknya, beliau memaklumkan, sebagai orang parti adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.